Saturday, 25 February 2012

Yang Dikatakan Pakaian Islam



SOALAN : saya masih menuntut. Sejak akhir-akhir ini saya begitu berminat kepada ceramah berbentuk keagamaan. Apa yang saya musykilkan ialah dalam memperkatakan soal pakaian, penceramah sering bercanggah pendapat. Bolehkah Ustaz jelaskan, apakah ciri-ciri sebenar pakaian yang dibolehkan oleh Islam?

JAWAPAN : Syukur kerana di dalam hati saudari sudah ada bibit keimanan. Soal pakaian dan penutupan aurat sebenarnya berkaitan dengan soal keimanan. 


Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: " Akan terdapat di akhir zaman umatku (kaum perempuan) yang berpakaian tutup badan tetapi bertelanjang (yang berpakaian nipis atau menampakkan bentuk badan dan ketat), laknatilah mereka. Sesungguhnya, mereka dari golongan yang terlaknat ". (Riwayat Attabrani)


Fenomena yang wujud sekarang iaitu kepelbagaian fesyen pakaian yang hendak direka biarlah bersesuaian seperti yang disarankan hadis tadi.


Menutup aurat bagi perempuan bertujuan melindungi tubuh mereka dari dilihat oleh lelaki. Apa erti menutup tubuh tetapi masih ternampak bentuk tubuhnya, terbayang warna kulitnya. Kerana itu pakailah pakaian yang longgar. Ketahuilah bahagian yang cantik mesti dilindungi.


Wassalam.

Wali Anak Luar Nikah


SOALAN : Seorang perempuan yang telah dikenalpasti sebagai anak luar nikah, siapakah yang harus menjadi wali perkahwinannya?

JAWAPAN : Anak luar nikah perempuan memang akan mengalami kesulitan tentang wali nikahnya apabila hendak berkahwin kelak. Oleh itu, ibu bapanya perlulah berani berterus terang tentang kedudukan anak-anak perempuan mereka yang begini. Anak yang tidak tahu keadaan sebenar akan berasa amat kecewa dan malu apabila sudah dewasa, lebih-lebih apabila hendak mendirikan rumah tangga.


Perlu ditegaskan, lelaki yang menyebabkan perempuan itu lahir dalam status demikian tidak boleh sama sekali menajdi wali nikahnya. Namun, dia masih boleh berkahwin kalau diserahkan soal wali nikah itu kepada wali halim. Di negara kita, wali hakim untuk kes ini mudah diperolehi. caranya, buatlah pengaduan kepada jabatan atau majlis agama Islam negeri tentang kedudukan sebenar, Insa-Allah ada jalan penyelesaiannya.


Wassalam.