KEPADA ANAK2 KU ALIZA, INA, IMA DAN ILA (ACA) BUKU INI ADA-LAH HADIAH DARI ABAH UNTOK NORALIZA TETAPI ADEK2 IJA BOLEH-LAH SAMA2 MEMBACA: RAJIN2-LAH BELAJAR DAN SEMBAHYANG JANGAN-LAH DI-TINGGALKAN. INSAALAH SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.. PEMBERIAN IKHLAS DARI ABAH - ABDUL MANAN TEH KENANGAN MASA KERJA DI JPJ SRI RAMPAI SETAPAK K.L 28-11-97 (JUMAAT 8 1/2 P.M)
Tuesday, 3 January 2012
Pengertian Hijrah
SOALAN : Apakah pengertian hijrah yang sebenarnya?
JAWAPAN : Hijrah ertinya berpindah. Di zaman Rasulullah SAW berlaku 2 kali hijrah. Hijrah pertama berlaku ke Habsyah dan yang kedua ke Madinah. Berhijrah di waktu itu adalah kerana perintah dari Allah untuk menyelamatkan iman dan mencari tapak gelanggang perjuangan Islam.
Semasa di Makkah, umat Islam sentiasa ditindas dan diganggu oleh musuh, maka dengan sebab itu mereka berpindah ke Habsyah untuk menyelamatkan iman. Di masa yang lain mereka juga dihalang bergerak untuk mengembangkan Islam sehingga penyebaran Islam terganggu.
Untuk itu mereka diperintahkan berhijrah ke Madinah. Di sanalah, bermulanya gerakan mengembangkan Islam ke seluruh dunia; dengan lebih selamat dan tersusun. Kini hijrah ke Habsyah dan Madinah suda tidak ada lagi kerana Habsyah bukanlah lagi tempat menyelamatkan iman, manakala Madinah pula bukanlah lagi sebagai tapak gelanggang perjuangan Islam. Kini Islam sudah meluas. Cuma yang ada sekarang ialah hijrah dalam bentuk sikap dan perbuatan untuk mencapai dua sebab penghijrahan yang disebutkan tadi.
Berikut perbandingan untuk mudah difahami:
i. Si A mula sedar bahawa indahnya Islam tetapi dalam tempoh kesedaran itu dia selalu dinista oleh kawan-kawan lamanya. Untuk menyelamatkan imannya dia mengubah sikap meninggalkan kawan lama dan berkawan dengan kawan baru yang sama-sama mendapat kesedaran.
ii. Si B sedang menggerakkan persatuan Islam di sebuah kampung tetapi di kampung itu selalu ada penghalangnya lalu mereka mencari tempat lain yang penduduknya agak simpati dengan mereka.
iii. Si C seorang yang sudah terlanjur dengan berbagai maksiat. Satu hari dia dikejutkan dengan perasaan benci kepada maksiat itu lalu dia mengambil tindakan berpindah ke kampung yanng mengamalkan ajaran Islam.
Tindakan yang dilakukan oleh Si A, B dan C adalah di anggap berhijrah yang pahalanya sama dengan berhijrah di zaman Rasulullah SAW dulu. Walau bagaimanapun, niat untuk melakukan itu semua mestilah betul agar Allah menilainya sebagai hijrah.
Wassalam.
Labels:
Hijrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment